BLOG INI UNTUK MENJUAL AYAM SABUNG,AYAM HUTAN, AYAM KETAWA DAN MACAM-MACAM AYAM SEBAGAI HOBI DAN HIBURAN. JIKA ADA YANG MINAT SMS NO H/PONE. 01116048751, SABAH MALAYSIA.
Khamis, 14 November 2013
Selasa, 12 November 2013
AYAM HITAM 5 JARI
Ayam Hitam ini tergolong dalam kategori ayam pelik dan mistik. Bulu,mata,daging,pereh,telinga,patuk,lubang pantat dan kaki semua hitam.Jari kakinya pula 10. Siapa yang ada ayam jantan hitam abis kasi kawin sama ayam ni.
INDUNG MADAGASCAR GUNDUL
Indung Madagascar. Dikasi bibit dengan Ganoi keturunan Black Out yang di belakang tu. Anak mesti power dan bulu helang, pastinya akan jadi ayam botak...
MANGSA PUKULAN MAUT MAGON ECHER
Gara-gara kacau bini orang, Pama Gon Import ini maut dengan hanya satu pukulan oleh Magon Echer. Jahat nya kau... Sayang ayam ni bagus, laju dan cun taji tapi maut gara-gara hawa nafsu akibat kacau bini MAGON ECHER.
Satu kali pukul saja terus patah lehernya, itulah namanya pukulan maut.Magon Echer kalau dikasi taradah cukup 3 kali pukulan saja, kalau lebih jawabnya maut....
Jumaat, 11 Oktober 2013
INDUNG PAMA TROJAN
Indung Pama Trojan. Pukulan laju, tepat di kepala, pukul sambil gostan, pukul tidak payah patuk, taradah laju. Ada anak taji di kedua kaki.
Jumaat, 4 Oktober 2013
AYAM MUDA TROJAN PAKOK
Baka Trojan. Ibu Pama Trojan Echer, Bapa Bangkok 7X manang. Usia 10 bulan. Rawis atas paha dan leher serta belakang warna bulunya sama ( Ciri-ciri ayam Bangkok import ). Ayam pukul, ada bom atom, kepala cantik, pukulan laju, badan keras tagap.
Rabu, 2 Oktober 2013
TROJAN MAGON ECHER
Magon ( Burma/Ganoi ) jenis Echer atau Trojan. Berat 3.6kg, kaki hijau, ada sisik gelang di bawah taji dan pada taji. Pukulan patah leher, ada taling bisa, angkul kiri kanan, taji bisa dan makan tajinya.
Ayam ini sedang merabas ( Mabung ) jadi belum boleh sabung. Rekod 7X manang, diambil dari kawan untuk dibibit.Import ori. Jika ada yang berminat untuk membeli boleh runding.
Selasa, 24 September 2013
AYAM PONDAN
Ayam Pondan. Bulu macam bulu indung, ekor macam ekor ayam jantan,kaki macam kaki ayam jantan ada taji 3 baris.Muka macam jantan tapi pandang kali ke 2 muka cantik besolek macam ayam betina.
Ayam ni berkokok macam ayam jantan tapi bekekek seolah-olah mau betelur macam ayam betina. Aku subuk pantatnya macam betina tapi tulang pantatnya macam jantan. Kalau dilepas, semua ayam jantan mau melogornya, semua ayam betina pula membubut mau memukulnya, cemburu kali sama dia. Anak-anak ayam pun minat sama dia.
Kalau basabung bukan main lagi gayanya, jantan betina atau anak ayam sapu abis mau dilawannya tapi gayanya barani takut, sudah barani lawan lepas tu lari takut, mau lawan lagi lepas tu lari.Kata orang Sabah, Magandai atau barani takut.
Ada siapa yang berminat.....sama si Pondan ni......?
ASIL GANOI PAKKO
Asil Ganoi Pakko. Ori import keluaran Pakistan. Badan besar, bulat, keras tapi liar kalau dipegang. Mainan cantik dan Chain Saw, kalau mamukul macam bunyi tempurung pecah.Tajipun cun juga, ada bonggol di bawah taji.
Sayapnya 2 tingkat atau 2 lapis, kokok pendek, ekor pendek, jari kaki panjang, di kiri kanan sayap ada terselit bulu warna putih antara 2 tingkat sayapnya.Kalau Katurangga Jawa ( Ilmu Sabung Ayam ) ayam yang terselit bulu putih di sayapnya adalah ayam yang bertuah. Asil Ganoi Pakko kalau basabung sampai mati tidak mau lari, berjuang sampai ke titisan darah terakhir, pantang mundur di medan juang.
Berat 3.29Kg saja walaupun badan besar macam Body builder.Rekod 4 Talipinggang main ribu-ribu.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Khamis, 22 Ogos 2013
AYAM HUTAN LAOS ( SI PIRAMLEE )
Ayam Hutan Laos. Suaranya sangat merdu bila berkokok, echo hujung kokoknya panjang tidak seperti ayam hutan Malaysia yang suara kokoknya pendek macam suara kokok Ayam Serama dan Ayam Katik. Bila berkokok aku akan mengajuk kokoknya macam aku pula jadi ayam. Lucu....tapi bikin happy. Jadi aku namakan ayam ni Si Piramlee.
Setiap pagi bila dia berkokok aku akan tersenyum, bila aku tidur akan terbangun sambil tersenyum dik kemerduan suaranya.Ngam betul kalau bikin ubat orang tinggi darah atau isteri yang selalu stress, dengar kokoknya mesti jadi gembira dan bahagia.
Sampaikan aku driving pun tiba-tiba aku berkokok, meniru suara si P.Ramlee ni.Lucu sambil aku ketawa dan senyum sendiri, jem jalan pun aku masih happy.
Macam-macam dunia ni....sampai bilang biniku,"GILAAA...ba kau ni macam ayam sudah,asal ayam tu bakokok kau pun bakokok".
Lama-lama bila ayam ni naik birahi mau mengawan, lama-lama taikut-ikut pula aku naik birahi, mau mengawan saja.
Koko....koookkkkkkoookkkkk....alunan kokoknya jadi terapi ubat sakit jiwa dan kasi tanang hatiku.
Telinganya tidak putih,kaki hijau.Tapi dia belum ada bini lagi, masing bujang remaja.Taji belum ada.Ayam hutan ni suka tidur di atas pokok yang tinggi,jinak bukan macam ayam hutan biasa yang liar.
Mangkali aku kasi kawin sama indung Ayam Hutan Palawan ( Filipina ).Bininya nanti aku kasi nama Siti Nurhaliza.
AYAM SERAMA PUTIH
Ayam Serama Putih untuk dijual.Khas untuk penghobi sebagai pendinding dan penjaga rumah dari bala bencana, kecurian, niat jahat orang dan sihir.
AYAM PUTIH MULUS ( AYAM NABI )
Kami ada menjual Ayam Putih Mulus.Bulu,patuk.kaki,kuku,muka semuanya putih.
Ayam Jantan Putih adalah haiwan kesayangan Nabi.Ia menjadi penolak bala, menolak pencuri, menjaga rumah dan pemiliknya dari sihir dan kejahatan manusia.
Sabda Nabi Muhamad S.a.w ;"Ayam jaguh putih adalah kekasih ku dan kecintaan sahabatku jibril, ia menjaga rumah pemilinya dan 16 rumah di belakangnya".
Dalam hadis lain Nabi bersabda " Ayam jantan putih adalah sahabatku dan musuhnya syaitan,Dia menjaga rumah pemiliknya dan 7 rumah di belakangnya (jirannya)"
Dagingnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti mati pucuk, gangguan sihir, sakit sendi urat, lemah badan dan seumpamanya. Pelir ayam jantan putih boleh digunakan untuk daya tahan dalam seks lelaki dan tahan lama di ranjang.
Ayam Jantan Putih adalah haiwan kesayangan Nabi.Ia menjadi penolak bala, menolak pencuri, menjaga rumah dan pemiliknya dari sihir dan kejahatan manusia.
Sabda Nabi Muhamad S.a.w ;"Ayam jaguh putih adalah kekasih ku dan kecintaan sahabatku jibril, ia menjaga rumah pemilinya dan 16 rumah di belakangnya".
Dalam hadis lain Nabi bersabda " Ayam jantan putih adalah sahabatku dan musuhnya syaitan,Dia menjaga rumah pemiliknya dan 7 rumah di belakangnya (jirannya)"
Dagingnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti mati pucuk, gangguan sihir, sakit sendi urat, lemah badan dan seumpamanya. Pelir ayam jantan putih boleh digunakan untuk daya tahan dalam seks lelaki dan tahan lama di ranjang.
AYAM HUTAN ORI DAN AYAM KETAWA
Kami juga menjual ayam hutan jenis Red Junglefowl berasal dari Palawan Filipina, Ayam Ketawa Indonesia
dan ayam Hutan Kacukan Ayam ketawa.
Ayam Hutam : RM 500 satu pasang
Ayam Ketawa : RM 500 satu pasang
Anakan : RM 100 satu ekor.
dan ayam Hutan Kacukan Ayam ketawa.
Ayam Hutam : RM 500 satu pasang
Ayam Ketawa : RM 500 satu pasang
Anakan : RM 100 satu ekor.
TELUR AYAM SABUNG IMPORT
Telur ayam sabung import. Ayam Bangkok Pakoy, Pama dan Vietnam ori jantan dan betina adalah import. Satu Biji RM40.00
Rabu, 7 Ogos 2013
GANOI TELINGA PUTIH IMPORT DAN INDUNG BURUNG UNTA FORMULA ONE IMPORT
Ganoi Telinga Putih Import, kaki biru dan saiz L, baka Ganoi terbaru yang bertelinga putih macam ayam hutan,Ori dari Vietnam. Indung Burung Unta Formula One Import saiz L, ori dari Thailand. Kedua-duanya masih muda lagi dan bakal dijadikan salah satu baka utama Blog Ayam Kinabalu. Kedua bibit ini susah dipegang akan meronta-ronta dengan kuat, indung pula akan mengigit dan mematuk jika dipegang, ganas dan kuat, rupa pun macam burung Unta spesis terbaru ayam sabung.
Tunguuuuuu.....bakal juriat kedua-duanya setelah cukup umur untuk dijadikan baka.
INDUNG IMPORT JANGGUT ( OSAMA ) DAN 5 ANAK SAIGON MADAGASCAR
Indung Import Osama Janggut bersama 5 ekor anak Saigon Madagascar. Baru menetas dalam 2 minggu. Dijual Indung bersama anak-anaknya RM650. Baka Bapa Saigon Madagascar pukulan K.O dan berat, ganas dan ada sisik Melek di kedua kakinya.Indung Import Baka Janggut (Osama ) sisik Babat Keruak Naga Temurun, Taling lari dan bisa.Anak-anak 2 ekor botak dan 3 ekor tidak botak.
Isnin, 22 Julai 2013
MENETAS SUDAH ANAK MADAGASCAR + GANOI VIETNAM IMPORT
Anak Madagascar + Indung Ganoi Vietnam Import. Menetas pada 20 Julai 2013 ada surat beranak lagi. 6 ekor saja yang jadi, 3 ekor botak leher dari kecil lagi 3 ekor lagi tidak botak.Ini kali lah....
KAHWIN CAMPUR SURAT THAI IMPORT + ANAK BANGLO
Surat Thai Import, sudah menang di Bon Thailand sedang bersama anak Banglo, siap untuk bertelur. Anakan bakal jadi juara taji di arena sabung ayam.
AYAM BIBIT BANGLO GANOI
( SOLD )
Ayam darah Ganoi 4 kali menang,ibu anak Banglo. Dijual RM300, siap untuk masuk ring. Mainan kepala atas, kiri kanan potong, tahan pukul, taji makan,pukulan ada K.O.
Selasa, 16 Julai 2013
BLACK OUT GANOI DAN GELIGA AYAM
Gambar ini aku pinjam dari blog Ganoi.com dari Vietnam. Aku pinjam sebab rupa ayam aku Black Out serupa 98% dengan gambar ayam ini, riwayat hidupnya pun lebih kurang sama.
Black Out dan Black Area sejak usia 2 bulan basabung saja adik beradik berhari-hari tidak bakalah, jadi aku simpan tampat kawan bagi-bagi kasi besar, bila besar baru aku ambil. Black Out menang 13 kali, pukas sekali.
Abis cina-cina Kota Marudu, Pitas dan Kudat aku lawan sampai diorang sanggup impot dari Thailand, Sandakan hingga ke Tawau untuk lawan ayam ni nda juga pandai kalah, paling tahan ayam diorang 2 round sampaikan ayam ni nda mau lagi dilawan orang. Ayam angkul pek-pek pun takantut-kantut lawan ayam ni nda dapat diangkul lehernya karas nda pandai turun.Dipukul nda pandai marasa, ditaji nda lut calar saja.
Setelah kemenangan ke 10X ayam ni nda lagi dilawan orang, aku kasi rehat tapi matanya tercucuk dawai kandang akibat takajut oleh biawak dan matanya buta sebelah. Lepas tu orang pinjam ( orang ni sudah 2 kali lawan ayam ni, kalah ayamnya ), dia kasi sabung lawan orang mangayau dan sempat menang 3X walaupun buta. Game terakhir ayam ni pukas lawan Kota Belud.
Pendek cerita ayam ni mati balawan dengan ular, badannya kuning abis, kandang terselak ayam mati. Ayam ni sempat meninggalkan geliga ayam untuk ku sebagai kenangan. Bibitnya masih jadi kebanggan ku.
Rabu, 10 Julai 2013
GANOI BALUNG ANGSA FROG EYES
Ganoi Balung Angsa Frog Eyes. Umur 10 bulan, kaki hijau-hitam, tulangan kasar dan keras. Pukulan berat, taji jagung. Bibit ketururnan Black Area 7X manang.
Jumaat, 14 Jun 2013
INDUK BANGKOK BLACK HORSE ORI THAILAND
Induk Black Horse ori dari Thailand, angkul abis atau ketip bulu, pukulan cun di kepala saja, bibit campion taji dan ada bom atom. Masih muda lagi, baru mau belajar kena main.
AYAM MADAGASCAR
Ayam Madagascar. Saiz L, berat 3.8kg. Kepala atas, tahan tukul, pukulan patah leher, taji kiri kanan makan, kaki persegi. Sekarang buat bibit kasi kawin dengan induk Ganoi Ori dari Vietnam.
Jahat ayam ni, kalau dipegang mangigit, abis lengan kena patuk. Tinggi darah, kalau kita dekat mau pegang dia, dia jeling-jeling macam mau meneradah atau mau terkam saja. Kecut hati dibuatnya. Orang pun mau disabungnya, apa lagi ayam.
Tapi ayam ni baik pula perangainya dengan ayam-ayam muda, nda mambubut atau nda mau disabungnya kalau ayam muda, jangan saja tunjuk belang mau lawan, alamat takantut-kantut lah kau dipukulnya.
Ayam ni nda barapa kuat mengongkeh, aku kasi minum tongkat ali campur kuning telur, ba....merah saja mukanya, macam mau melogoor.
Jumaat, 17 Mei 2013
PETUA 1 : KASI BARANI AYAM REGA ( PENGECUT HATI )
Letakkan Besi Berani di tempat minuman ayam yang rega ( pengecut hati ) selama 21 hari, ayam akan jadi berani dan tahan hati, enda lari kalau basabung di gelanggang.
Kamu tarailah,ini adalah Petua ilmu Sabung.
Langgan:
Catatan (Atom)