Jumaat, 23 Ogos 2013

Khamis, 22 Ogos 2013

AYAM HUTAN LAOS ( SI PIRAMLEE )


Ayam Hutan Laos. Suaranya sangat merdu bila berkokok, echo hujung kokoknya panjang tidak seperti ayam hutan Malaysia yang suara kokoknya pendek macam suara kokok Ayam Serama dan Ayam Katik. Bila berkokok aku akan mengajuk kokoknya macam aku pula jadi ayam. Lucu....tapi bikin happy. Jadi aku namakan ayam ni Si Piramlee.

Setiap pagi bila dia berkokok aku akan tersenyum, bila aku tidur akan terbangun sambil tersenyum dik kemerduan suaranya.Ngam betul kalau bikin ubat orang tinggi darah atau isteri yang selalu stress, dengar kokoknya mesti jadi gembira dan bahagia.

Sampaikan aku driving pun tiba-tiba aku berkokok, meniru suara si P.Ramlee ni.Lucu sambil aku ketawa dan senyum sendiri, jem jalan pun aku masih happy.

Macam-macam dunia ni....sampai bilang biniku,"GILAAA...ba kau ni macam ayam sudah,asal ayam tu bakokok kau pun bakokok".

Lama-lama bila ayam ni naik birahi mau mengawan, lama-lama taikut-ikut pula aku naik birahi, mau mengawan saja.

Koko....koookkkkkkoookkkkk....alunan kokoknya jadi terapi ubat sakit jiwa dan kasi tanang hatiku.

Telinganya tidak putih,kaki hijau.Tapi dia belum ada bini lagi, masing bujang remaja.Taji belum ada.Ayam hutan ni suka tidur di atas pokok yang tinggi,jinak bukan macam ayam hutan biasa yang liar.

Mangkali aku kasi kawin sama indung Ayam Hutan Palawan ( Filipina ).Bininya nanti aku kasi nama Siti Nurhaliza.

AYAM SERAMA PUTIH


                                                                      
Ayam Serama Putih untuk dijual.Khas untuk penghobi sebagai pendinding dan penjaga rumah dari bala bencana, kecurian, niat jahat orang dan sihir.

AYAM PUTIH MULUS ( AYAM NABI )

Kami ada menjual Ayam Putih Mulus.Bulu,patuk.kaki,kuku,muka semuanya putih.

Ayam Jantan Putih adalah haiwan kesayangan Nabi.Ia menjadi penolak bala, menolak pencuri, menjaga rumah dan pemiliknya dari sihir dan kejahatan manusia.

Sabda Nabi Muhamad S.a.w ;"Ayam jaguh putih adalah kekasih ku dan kecintaan sahabatku jibril, ia menjaga rumah pemilinya dan 16 rumah di belakangnya".

Dalam hadis lain Nabi bersabda " Ayam jantan putih adalah sahabatku dan musuhnya syaitan,Dia menjaga rumah pemiliknya dan 7 rumah di belakangnya (jirannya)"


Dagingnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti mati pucuk, gangguan sihir, sakit sendi urat, lemah badan dan seumpamanya. Pelir ayam jantan putih boleh digunakan untuk daya tahan dalam seks lelaki dan tahan lama di ranjang.

AYAM HUTAN ORI DAN AYAM KETAWA

Kami juga menjual ayam hutan jenis Red Junglefowl berasal dari Palawan Filipina, Ayam Ketawa Indonesia
dan ayam Hutan Kacukan Ayam ketawa.

Ayam Hutam   : RM 500 satu pasang
Ayam Ketawa : RM 500 satu pasang
Anakan           : RM 100 satu ekor.

TELUR AYAM SABUNG IMPORT

Telur ayam sabung import. Ayam Bangkok Pakoy, Pama dan Vietnam ori jantan dan betina adalah import. Satu Biji RM40.00

Rabu, 7 Ogos 2013

GANOI TELINGA PUTIH IMPORT DAN INDUNG BURUNG UNTA FORMULA ONE IMPORT


Ganoi Telinga Putih Import, kaki biru dan saiz L, baka Ganoi terbaru yang bertelinga putih macam ayam hutan,Ori dari Vietnam. Indung Burung Unta Formula One Import saiz L, ori dari Thailand. Kedua-duanya masih muda lagi dan bakal dijadikan salah satu baka utama Blog Ayam Kinabalu. Kedua bibit ini susah dipegang akan meronta-ronta dengan kuat, indung pula akan mengigit dan mematuk jika dipegang, ganas dan kuat, rupa pun macam burung Unta spesis terbaru ayam sabung.

Tunguuuuuu.....bakal juriat kedua-duanya setelah cukup umur untuk dijadikan baka.

INDUNG IMPORT JANGGUT ( OSAMA ) DAN 5 ANAK SAIGON MADAGASCAR




Indung Import Osama Janggut bersama 5 ekor anak Saigon Madagascar. Baru menetas dalam 2 minggu. Dijual Indung bersama anak-anaknya RM650. Baka Bapa Saigon Madagascar pukulan K.O dan berat, ganas dan ada sisik Melek di kedua kakinya.Indung Import Baka Janggut (Osama ) sisik Babat Keruak Naga Temurun, Taling lari dan bisa.Anak-anak 2 ekor botak dan 3 ekor tidak botak.